Followers

Sunday, June 4, 2017

SALAM RAMADAN

 

sumber: mr google

Hari ini sudah masuk hari ke-8 kita melalui bulan ramadan, bulan pahala, bulan ibadah dan bulan baraqah. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk merasainya. Tak terlambat lagi nak kata Ahlan wa sahlan ya Ramadan, kan?

Ahlan wa sahlan ya Ramadan

Reader' semua apa khabar? Semoga semuanya sihat wal afiat. Erm, lama kan Hana tak update apa-apa dekat dalam blog ni? Bukan tak nak update tapi tak tahu nak update apa. Since CKET terbit, Hana tak start menulis pun. Ada lah tulis beberapa mss tapi tak jumpa penghujungnya *masalah biasa Hana dan penulis lain, kan?* 

ONC 2.0 tu pun masih dirombak-rombak sebab ONC 2.0 tu percubaan Hana yang pertama nak buat misteri/thriller. Harap menjadilah. Menjadi untuk tahun bila? Hanya Allah yang tahu. 

Oh ya, beberapa hari ni banyak berita kematian yang dikhabarkan di media, akibat kecuaian pemandu van yang tidak berlesen, tentang adik pegawai kadet yang didera sampai terbunuh dan sebagainya. 

Innalilllahiwainnallillahirajiun... 

Mereka pergi dalam bulan barakah, bulan rahmat, Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman. 

Opah Hana juga baru sahaja meninggal seminggu sebelum puasa. Setelah beberapa tahun sakit. Hana bukanlah orang yang sangat rapat dengan arwah Opah, ala macam best friend tu tapi kehilangan Arwah Opah memang buat kami terasa. Arwah Opah bertahan selepas 20 tahun, arwah atok tinggalkan kami. 

Alhamdulillah, lepas balik umrah hari tu, kami sekeluarga sempat balik ke kampung tengok Arwah Opah. Mama berdegil nak balik, bawa air zam-zam untuk arwah opah.*ada hikmah rupanya kami balik waktu tu*

Masa dekat tanah haram hari tu, Ustaz Ahmad (mutawif kami) ada pesan. Kalau ada orang yang sakit, tak lalu makan, bagilah air zam-zam. Sebab air zam-zam boleh bagi tenaga. Tu yang mama nak juga balik. 

Tak sampai sebulan lepas tu, kami dapat berita pemergian Arwah Opah. Kami bersyukur sangat, Arwah Opah pergi masa kami di Malaysia. Mama kata masa di tanah haram, mama berdoa biarlah kami berada di Malaysia kalau Arwah Opah nak pergi sekali pun. Mak cik yang jaga Arwah Opah di Malaysia pun berdoa, supaya sekiranya dah tiba masa arwah untuk pergi, biarlah kami sekeluarga *sebab kami pergi dengan mak cik juga* pulang ke Malaysia dulu. 

Doa itu Allah makbulkan. Alhamdulillah. 

Masa tu, Hana teringat Arwah Opah pernah mengadu kat Hana dan Wawa, dia tak nak duduk hospital tapi kena paksa dengan doktor. 

Arwah Opah tak suka duduk hospital. Bila kami datang, Arwah Opah terus mengadu. Waktu tu rasa Arwah Opah comel sangat. Arwah merajuk dengan Pak Uda. Katanya: 

"Pak uda tak bagi Opah balik. Opah nak balik.

Masa tu, Arwah Opah kena admit hospital sebab jatuh katil. Mak cik kata dia dah letak Arwah Opah dekat tengah katil tapi tak tahulah macam mana boleh jatuh. 

Reaksi Hana? Mestilah speechless dan clueless. Lepas tu, Pak Uda pun ceritalah kenapa Opah tak nak duduk hospital. 

Tanggal 17 Mei 2017, Arwah Opah tinggalkan kami untuk selama-lamanya. Semoga Arwah Opah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminn,

Tanggal itu juga, adalah tarikh lahir adik Hana. Satu tarikh yang tak dapat kami lupakan. Cuba bayangkan, Hana baru upload ucapan untuk hari lahir adik Hana di facebook, selang satu jam kemudian, kami received berita pemergian Opah. What should I do? I'm speechless! 


No comments :

Post a Comment

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<