Followers

Wednesday, February 10, 2016

E-NOVEL : ORKED: NOTA CINTA 2.0


Berjumpa lagi kita, tetiba rajin pula Hana update blog kan? Hehe... jangan marah ya..

Oh ya, Hana nak beritahu semua, Hana ada e-novel baru. Percubaan pertama untuk novel genre misteri/triller/aksi. Harap ada yang suka. Kalau ada kekurangan di mana-mana, PM/inbox Hana ya, supaya Hana dapat perbaiki dan hasilkan karya yang baik.

Tajuk E-novel yang baru tu adalah Orked: Nota Cinta 2.0. Kenapa Orked? Kenapa nota cinta? Kenapa 2.0? Hah, kenalah follow. E-novel ini, Hana akan upload kat Ilham Karangkraf. 
Dah ada sampai Bab 3 kat Ilham. Jemputlah membacanya. 

Klik gambar di bawah untuk baca:



Jom baca dan pada masa yang sama naikkan jumlah view untuk ONC 2.0...^^, 




Salam sayang, 



Tuesday, February 9, 2016

PENGUMUMAN : KASIH ITU MILIK AKU




Fuhh!! Berhabuk blog ni. Lama sangat dah tak update. Bukan apa, Hana ketandusan idea sebenarnya. Sebab sekarang sibuk bekerja (alasan lapuk). 

Oh ya, pada yang belum tahu, ingat tak e-novel Hana yang tajuknya Love Is tu? Pasal Iryani yang buta kemudian diambil jadi cucu angkat kepada Tengku Azimudin. Ingat tak? Hah, Love Is dah ditukar tajuk kepada Versi Cinta Kita. Novel VCK dah pun diterbitkan oleh Penerbitan Fajar Pakeer. 


Oh ya, Hana nak beritahu juga yang Kasih Itu Milik Aku sekarang dalam penilaian. Dulu tertangguh publish sebab pihak penerbit tak benarkan publish banyak tapi sebabkan satu insiden, Hana tarik balik manuskrip tersebut dan hantar ke penerbit lain. Tengoklah kalau Kasih Itu Milik Aku ada rezekinya untuk terbit, terbitlah dia. 

Nanti apa-apa hal. Hana inform ya..^^, 


Sayang korang semua...