Followers

Saturday, August 6, 2016

SUDAH TERBIT : CIK KEMBAR ENCIK TUNANG AKA KIMA

Selamat tengahari semua. Apa khabar? Waah... 

Hana ada berita gembira nak beritahu semua ni. Ingat tak Hana pernah cerita pasal manuskrip Hana yang bertajuk Kasih Itu Milik Aku? 

Kasih Itu Milik Aku dan diberikan tajuk baru yang bernama Cik Kembar Encik Tunang. 

Novel CKET akan menemui kawan-kawan semua Ogos ini dibawa Penerbitan Fajar Pakeer. PFP dah buka pre-order untuk CKET dan kembar-kembarnya untuk Ogos. 

Bolehlah buat pre-order cepat-cepat. Hadiah menarik menanti 100 pembaca pertama.

Jom Jom. 

Eh, lupa nak belanja kaver CKET. 

Tada!!

TAJUK: CIK KEMBAR ENCIK TUNANG 
PENULIS: HANA NORISA
HARGA: RM24.00 / RM27.00
ISBN: 978-967-365- 275-4

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Begitulah kisahnya dengan Rihan, si gadis campuran Melayu dan Perancis yang telah bertunang tanpa pernah berjumpa dengan pasangannya, Hazriq. Neneknya siap suruh dia kembali ke Malaysia untuk membuatkan mereka bertemu atas nama urusan syarikat.
"Kenal dia dulu. He can be as sweet as candy you know!"
Rihan bukannya tidak mahu memberi peluang kepada Hazriq, tapi rasa bersalahnya kerana meninggalkan Haiqarl tanpa berita masih menghantui. Namun, kenapa setiap kali dia mendekati Hazriq, dia terasa seperti dekat dengan Haiqarl?
Siapa orang yang mengejarnya itu? Kenapa kejar dirinya? Kenapa mereka menggelarkan Rihan dengan nama Ara? Apa yang berlaku sebenarnya? Siapa Ara? Apa kaitan Ara dengan Rihan? Dan siapa Hazriq? Perwatakannya, cara senyumannya, pandangannya semuanya mirip Haiqarl.
"Macam mana awak nak tahu, kalau awak tak nak kenal saya?"
Sampai sahaja Malaysia, Rihan diburu. Sekumpulan lelaki botak telah bertindak menangkapnya dan mencederakan Hazriq. Rihan keliru. Tanpa Rihan sedari, dia diburu kerana wajahnya mirip seseorang.

Macam mana nak order beli dari PFP?
Beli terus dari Penerbitan Fajar Pakeer. 

Caranya: 
Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank Penerbitan Fajar Pakeer 564212503591. 
BAKI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
Inbox ATAU WhatsApp 019-6128069 slip pembayaran berserta tajuk novel atau pakej, nama penuh, alamat & nombor telefon anda

    No comments :

    Post a Comment

    >dah baca jangan lupa komen ya...
    hope kengkawan suka dengan n3 nie...
    komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<