Followers

Saturday, August 6, 2016

CKET : BAB 3





MAKANAN yang tersedia di atas meja dihabiskan tanpa tinggal baki. Tak cukup dengan itu, Ara memesan lagi makanan. Lagaknya seperti sudah lama tidak dapat makanan. Mana tidaknya, baru tengah hari itu dia berkesempatan untuk makan. Dia terlena hingga lewat bangun. Mujur masih ada motel yang mempunyai bilik kosong untuknya malam tadi. Dapatlah dia menumpang tidur.
Ara menyedut jus epal yang dipesan dengan rakus. Rasa malu mahupun segan langsung tidak dirasai. Hilang terus kredibilitinya sebagai anak orang berada. Ara membetulkan kedudukan topi besbolnya saat dia merasakan banyak mata yang memandang.
Sehari telah berlalu, namun sehingga kini masih belum ada berita tentang kehilangannya lagi. Majlis pertunangan itu bakal berlangsung dalam masa beberapa hari lagi. Ara tersenyum sinis. Agaknya macam manalah mereka uruskan pertunangan yang tak jadi itu?
Ara tahu, papanya sama sekali tidak akan melaporkan kehilangannya. Mana mungkin papanya mahu menanggung malu atas perbuatannya. Tapi, dia musykil dengan tindakan yang bakal Aiman ambil. Pasti Aiman sedang merangka sesuatu. Dia harus berhati-hati.
Sedang asyik makan, Ara terpandangkan sekumpulan lelaki botak berhampiran mejanya. Ara pelik. Dengan tatu naga pada tubuh lelaki-lelaki botak itu, dia mula tidak senang duduk.
Ara segera menghabiskan makanannya. Setelah itu dia terus ke kaunter pembayaran. Ara sempat mengerling ke meja lelaki-lelaki botak itu. Mereka kelihatan berpura-pura berbual sebaik sahaja terpandangkan mata Ara yang tajam merenung mereka. Jika benar ketiga-tiga lelaki botak itu mengejarnya, dia harus mencari jalan keluar. Dia yakin lelaki itu adalah orang upahan papa dan bakal tunangannya, Aiman Fariq.
Ara segera masuk ke dalam bilik air. Cepat-cepat dia mengunci pintu bilik air tersebut. Pandangannya berlari melihat keadaan sekeliling. Tingkap kecil yang terletak di atas kotak flush membuatkan senyumannya melebar. Ara segera memanjat ke atas kotak flush tersebut. Mujur saja tubuhnya kecil untuk melalui tingkap itu.
Sebaik sahaja, melepasi tingkap tersebut, Ara terus berlari sekuat hati.

LELAKI-LELAKI botak itu seperti cacing kepanasan. Kelibat Ara yang masih tidak keluar dari tandas membuatkan mereka mengambil keputusan untuk ke sana. Tombol pintu tandas dipulas, namun berkunci dari dalam. Satu per satu wajah lelaki-lelaki botak itu berubah. Salah seorang daripada mereka bertindak menendang pintu tandas.
Sebaik sahaja pintu tandas itu rebah ke lantai, ketiga-tiganya saling berpandangan. Tingkap kecil yang terbuka di atas kotak flush membuatkan mereka semakin marah. Serentak itu mereka berlari ke belakang kedai makan.
Ketiadaan kelibat Ara membuatkan mereka menderam marah.

Hati Rihan tetap berdetak kencang. Dia dapat merasakan seolah-olah dirinya sedang melarikan diri daripada sesuatu. Sampai satu tahap, dia merasakan seperti nyawanya bakal melayang. Dia segera beristighfar. Rasa itu terasa benar. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berasa begitu. Pelik!
Rihan, kenapa ni?” tegur Nenek Fleury, menyentuh lembut bahu Rihan.
Rihan tersentak sedikit sebelum bibirnya pantas mengukir senyuman.
Rihan, dah malukan nenek, kan?” soal Rihan. Dia tahu neneknya pasti menanggung malu akibat pisau terjatuh tadi. “Nak pegang pisau pun tak larat!”
Nenek Fleury menggeleng laju. “Tak, sayang. Nenek faham. Perkara ni biasa terjadi untuk first timer.”
Tapi, nenek...”
Dah. Dah. Jangan fikir sangat. Setiap orang ada buat silap. Rihan bukan buat salah besar pun,” pujuk Nenek Fleury.
Rihan menghelas nafas sedalamnya. Lambat-lambat dia mengangguk.
Nenek Fleury tersenyum nipis melihat anggukan Rihan. “Jangan risau. Everything’s gonna be okay.”
Rihan sekadar tersenyum kecil, menampakkan lesung pipitnya.
Oh, ya. Nenek lupa, nenek ada pengumuman nak buat.” Nenek Fleury baru teringatkan sesuatu.
Rihan mengerutkan dahinya.
Nenek Fleury mengenyitkan mata kanannya sebelum bertindak mencapai pisau dan gelas. Sengaja dia melagakan kedua-duanya untuk menarik perhatian para hadirin. “Attention! Attention!”
Ketukan pisau pada gelas kaca membuatkan semua hadirin diam. Masing-masing mencari arah bunyi tersebut. Melihatkan Nenek Fleury yang berbuat demikian, masing-masing segera menghampiri.
Merci beaucoup. Je souhaite à tous d’assister à la fête d’anniversaire de ma petite-fille, Farihana Farisya. (Terima kasih. Saya ucapkan kepada semua kerana sudi hadir di majlis hari jadi cucu saya, Farihana Farisya).” Nenek Fleury menarik Rihan mendekatinya.
Rihan tersenyum nipis.
En prenant cette occasion, je voudrais annoncer que commençant d’aujourd’hui, Rihan est promu comme mon assistant aux Carissa Holdings (Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan bahawa mulai hari ini, Rihan dilantik menjadi pembantu saya di Carissa Holdings).” Nenek Fleury berjeda.
Et elle sera confiée à surveiller pour la branche en Malaisie qui est L’Hôtel Carissa (Dan dia akan diamanahkan untuk memantau cawangan Carissa Holdings di Malaysia iaitu Hotel Carissa).”
Mata Rihan terbeliak mendengar bicara Nenek Fleury. Dia sama sekali tidak menyangka neneknya akan berkata sedemikian.

ARA cepat-cepat menutup pintu biliknya. Semua baju yang bersepah di dalam bilik itu dimasukkan ke dalam beg galasnya. Dia harus beredar dari situ. Tak lama lagi pasti tempat persembunyiannya dapat ditemui.
Ara sempat melihat dirinya pada cermin. Rambut panjangnya dielus. Rambut itu harus dipotong. Dia perlu menyamar sebagai lelaki. Jika tidak, pasti konco-konco papa dan Aiman dapat mengenalinya.
Ara mencapai gunting di atas meja solek. Rambutnya segera digunting. Cukup pendek untuk mengelakkan orang daripada mengenalinya. Setelah itu dia menukar pakaiannya. Topi merah diambil lalu disarungkan ke kepala. Cermin mata berbingkai hitam disarungkan ke muka. Sekali tengok pasti orang tidak akan mengesan dirinya sebagai Farahana Farisya.
Ara sempat mengintai dari tingkap. Kelihatan lelaki-lelaki botak itu berpecah mencari dirinya. Ara tahu dia harus segera beredar dari situ. Mereka sangat hebat kerana berjaya mengesan kedudukannya.

BOS, budak tu hilang lagi.” Lelaki botak yang lebih dikenali sebagai Black, melaporkan kejadian sebenar kepada majikannya. Telefon pintarnya dipegang kejap.
Aiman terbangun daripada duduknya. Dia terus meminta izin untuk keluar. Datuk Muhammad Daniel yang berada di sebelahnya sekadar melihat.
Bodoh. Tak guna. Macam mana boleh hilang?” bentak Aiman sebaik sahaja keluar dari bilik itu.
Hari itu dia dan rakan kongsi Datuk Muhammad Daniel sedang menghadiri satu mesyuarat usahasama di Beijing. Walaupun sudah lewat petang, mesyuarat itu masih belum selesai.
Budak tu tak senaif yang kita sangka. Sedar-sedar aje dia dah hilang.” Black memberi alasan.
Aku tak kira. Kau cari budak tu sampai dapat. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan,” ugut Aiman separa berbisik. Dia khuatir ada yang mendengar.
Aiman mendengus. Dia tidak suka dengan berita yang disampaikan Black. Ara harus dicari sehingga jumpa. Gadis itu adalah aset penting untuk dia memiliki harta kekayaan Datuk Muhammad Daniel.
Baik, bos!” Black hanya akur. Tidak berani membantah. Kalau bantah, dia juga yang menerima padahnya.
Baik! Baik! Pastikan kau cari budak tu. Jangan asyik baik aje,” lenting Aiman. Panggilan terus dimatikan. Geram kerana orang yang diharapkan langsung tidak berguna.
Kembang kuncup hidung Aiman mendengar perkhabaran yang Black bawa. Dia benar-benar marah dengan Ara. Ara sudah menconteng arang ke mukanya. Majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung bakal terbatal jika Ara tiada dan dia takkan sesekali maafkan Ara kalau perkara itu terjadi. Tak dapat dia bayangkan malu yang bakal dia dan ibunya terima.
Kau memang cari nahas, Ara. Aku akan pastikan hidup kau merana sebab tindakan kau ni!” Aiman menanam tekad.
Dia segera mencapai telefon pintarnya. Kalau bukan ibunya yang memaklumkan kehilangan Ara, sudah pasti dia masih tidak tahu lagi. Sebab itu dia menyuruh Black dan konco-konconya menjejaki Ara. Dia harus pastikan Ara pulang sebelum Datuk Muhammad Daniel tahu berita kehilangan Ara.
Aiman pantas menempah tiket untuk pulang ke Malaysia. Menyesal pula dia bersetuju untuk mengikut Datuk Muhammad Daniel ke Beijing walaupun atas urusan perniagaan.
Nak balik dah ke?” soal Datuk Muhammad Daniel tiba-tiba.
Bila masa lelaki berusia lewat 40-an itu menghampirinya, Aiman tidak perasan.
Datuk Muhammad Daniel terus keluar dari bilik mesyuarat setelah mendapati Aiman berada di luar terlalu lama. Kebetulan, semasa dia membuka pintu bilik itu, dia terdengar Aiman menempah tiket untuk pulang ke Malaysia.
Aiman pantas memaniskan mukanya. Dia harus berpura-pura tidak tahu apa-apa. “Ha’ah. Aiman nak balik Malaysia. Rindu dekat ibu.”
Rindu dekat ibu ke rindu dekat Ara?” usik Datuk Muhammad Daniel.
Dia langsung tidak mencurigai perlakuan Aiman. Padanya, Aimanlah orang yang terbaik untuk anaknya. Sebab itu dia mengajak Aiman ke Beijing bersamanya. Dia mahu jejaka itu tahu selok-belok perniagaannya sebelum menyerahkannya kepada Aiman nanti.
Aiman tersengih mempamerkan sebaris giginya. Jangan harap!

No comments :

Post a Comment

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<