Followers

Saturday, February 1, 2014

REVIEW | Sejak Kita Bertemu


Apa khabar semua? Sihat? Dah lama rasanya Hana tak update novel kat sini kan? Maaf, bukan sengaja cuma tak berkesempatan sebab idea yang terhad. Idea tu banyak tapi Hana kalau boleh nak siapkan satu satu manuskrip dahulu. Mengenai LI, masih menunggu giliran penerbitan. Harap semua bersabar ya. Untuk KIMA, Hana dah siapkan juga dan dihantar untuk TNMM14 anjuran MPH Publishing. Doakan Hana berjaya ya... Okey, kita berbalik pada tajuk entry kali ni. Sejak Kita Bertemu (SKB). 


Tajuk : Sejak Kita Bertemu
Penulis : Camellia
Penerbit: Karya Seni

SINOPSIS: 

Sejak ANIS SARINA menerima lamaran DAMIEN, hatinya sudah nekad untuk melupakan masa lalu. Namun, dia tidak pernah menyangka itu tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan. Kesangsian dan perasaan rendah diri menguji cinta Anis terhadap Damien lebih-lebih lagi setelah kandungannya keguguran.
Lantaran itu, Damien cuba mengubati hati Anis dengan membawa Anis bercuti di Vila Helena. Sebuah vila di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayahnya, Tan Sri Dzairil. Vila yang mempunyai kisah sendiri selama ini dan tersergam indah menggamit penghuninya.
“Kalau Anis tak suka tinggal di situ macam mana?” - ANIS
“Abang akan buat sampai Anis suka.” - DAMIEN
“Anis cuma nak abang janji dekat Anis. Kalau Anis tak suka tinggal di situ, kalau Anis mahu balik ke sini, abang mesti bawa Anis balik bila-bila masa yang Anis nak.” - ANIS
Namun halangannya bukan sahaja setakat itu. Hadir pula seorang gadis cantik yang penuh misteri bernama Maya. Gadis yang tiba-tiba ada di dalam vila mereka dan mengundang rasa cemburu dalam  hati Anis. Kemudian keadaan diterukkan lagi dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Hanna. Siapa Maya dan siapa Hanna?
Namun Damien juga punya keraguan sendiri.
“Anis tak payah berbohong. Tak payah nafikan. Abang tahu, abang tak setanding dia.” - DAMIEN
Antara Anis, Damien, Hanna dan Maya, siapakah yang berkata benar? Mungkinkah cinta hilang nilainya tanpa rasa percaya? Adakah semua itu ada kena-mengena dengan misteri di vila itu? Mungkin benar kata ayah Damien, vila itu bukan lagi mahligai cinta tetapi lubuk segala petaka.



REVIEW: 

Cerita yang memang saspenskan Hana. Hana baca dalam masa satu hari. Start Anis pindah ke Villa Helena, Hana dah tak boleh buat kerja lain. Misi Hana, kena habiskan cepat. Tak boleh bertangguh sebab tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Cerita ni banyak sangat misterinya. Deskripsinya pun boleh buat kita terbayang-bayang. Contohnya, kuih sayang-sayang. Hihi..Hana cuba juga cari macam mana rupanya tapi Encik Google tak ada jawapannya. Tapi ngeri juga time Pak Cik Baba tolong Joe lepas Joe termakankan kuih tu. Berbaldi-baldi jugaklah Joe muntah. 

Kalau kawan-kawan nak tahu, SKB ni adalah kesinambungan dari novel Erti Cinta (EC). EC dulu pun best cuma Hana bertambah suka dengan SKB. Mungkin sebab watak-watak dia semakin matang. Lagipun, banyak pengajaran yang boleh didapati dalam SKB. 

Antaranya, kepercayaan adalah penting dalam sesuatu hubungan. Dalam novel ini, kepercayaan Anis terhadap Damien teruji dengan adanya Maya dan Hanna. Kepercayaan Damien pula diuji dengan masa silam Anis yang pernah menyukai kembar Damien. 

Dalam SKB ni turut mengetengahkan tentang dendam antara seorang gadis demi cinta dan sumpah yang terlafaz. Dendam yang akhirnya membuatkan seseorang itu tunduk pada kuasa lain selain Allah hingga menyusahkan terlalu ramai orang. 

Banyak lagi pengajaran yang ada dalam SKB, nak taip pun tak larat. Nanti jadi karangan pula. Yang Hana boleh kata, Hana puas hati dengan SKB. Bila baca SKB dan EC terasa macam tengok slot Seram dekat TV3 dulu. Hihi...

Kalau kawan-kawan nak baca secara online, bolehlah melawat blog beliau di  Maria Kajiwa/MK/Camelia

p/s: InsyaAllah, ada rezeki review buku lain pulak lepas ni. Kesian dengan blog ni, bersawang dah. Hana akan mula kerja minggu depan. Mungkin akan sibuk betul tapi insyaallah, Hana masih sedang cuba siapkan BMP pula. Lepas itu, Hana akan mula update novel yang terbengkalai. ^^