Followers

Monday, July 14, 2014

|TOP NOVELIS MUTIARA MINDA - Part 2|



Alhamdulillah, ingatkan kisah Top Novelis tamat hari itu. Baru sahaja, Hana nak hantar manuskrip KIMA ke penerbit lain, Hana dapat panggilan daripada pihak MPH bahawa MPH Publishing nak publish KIMA. Rasa gembira yang teramat sangat. Akhirnya, KIMA akan dibukukan. ^^

Menurut pihak MPH, mereka akan mula terbitkan novel dari pemenang pertama dahulu dan diikuti pemenang kedua, ketiga dan saguhati bermula bulan Oktober. Yay, tak sabar nak baca novel mereka semua. ^^ Jum sokong dengan membeli novel-novel mereka semua.. ^^


   Hadiah Pertama - Saat Terlalu Cinta 
Hadiah Kedua - Di Ambang Penemuan
Hadiah Ketiga     - Anugerah Muzik Terhebat
​Hadiah Saguhati - Di Sudut Kamar Hatiku
Hadiah Saguhati - Kasih Itu Milik Aku

Kasih Itu Milik Aku merupakan novel pertama yang Hana tulis dan yang kedua siap. Hehe..akhirnya, KIMA akan tetap menjadi novel pertama yang Hana akan bukukan... hik hik hik... Love Is? Erm, masih dalam perbincangan slot penerbitan..

Saturday, April 12, 2014

ANUGERAH TOP NOVELIS MUTIARA MINDA MPH 2014



Mula-mula, Hana ingat nak cuba hantar manuskrip KIMA ke Pertandingan Top Novelis MPH. Cuba-cuba je tapi tak tersangka pula dapat tersenarai dalam 10 Top Novelis MPH. Masa tengok nama tersenarai dalam Top 10 tu rasa macam tak percaya. Tak percaya bila nama Hana (nama sebenar Hana) tu ada dalam list. Bukan senang nak bersaing dengan ramai penulis baru dan lama tapi Hana betul-betul bersyukur sangat sebab Kasih Itu Milik Aku tersenarai. 





Hadiah yang pihak MPH tawarkan pun menarik. Sangat menarik. Antaranya: 






menarikkan? nanti tahun depan, jomlah sertai kalau berkesempatan.. ^^ mulakan menulis dari sekarang..^^


Malam itu, majlis itu dihadiri oleh semua Top 10. Masa nak tahu nama pemenang tu memang berdebar. Kalah menang itu semua adat tapi malam tu, semua adalah pemenang. Yang saguhati juga masih dikira pemenang sebab karya mereka tetap terpilih termasuklah Hana. 


Malam tu, Hana cuma dapat tempat saguhati aje. dapat saguhati pun dah kira bertuah. Hadiah Hana? Jap ya..




tadaaa... hadiah saguhati pun lumayan kan? hehe..

untuk pemenangnya pulak...hadiahnya lagi lumayan..tahniah, Hana ucapkan kepada mereka: 

curi gambar mereka di facebook..^^

Lepas ni, nak cuba hantar KIMA ke penerbit lain sebab hanya karya pemenang pertama, kedua dan ketiga sahaja yang MPH akan terbitkan. Yang lain? teruskan berusaha..hehe


let's spot Hana...hehe...


itu sajalah yang dapat Hana ceritakan pada kawan-kawan semua. Oh ya, kalau korang semua nak tahu KIMA ni adalah dari cerita Antara Dua Kasih dan Kembali Bertaut yang Hana pernah publish kat blog ni. Sebab selalu sangat stuck, Hana dah rombak semuanya dan terhasillah KIMA. Nak tahu KIMA ni mengisahkan mengenai apa? Jum ikuti cerita ni. Hana mungkin akan publish dalam blog ni seminggu sekali atau dua kali. nantikan ya..^^ 


SINOPSIS

Saturday, February 1, 2014

REVIEW | Sejak Kita Bertemu


Apa khabar semua? Sihat? Dah lama rasanya Hana tak update novel kat sini kan? Maaf, bukan sengaja cuma tak berkesempatan sebab idea yang terhad. Idea tu banyak tapi Hana kalau boleh nak siapkan satu satu manuskrip dahulu. Mengenai LI, masih menunggu giliran penerbitan. Harap semua bersabar ya. Untuk KIMA, Hana dah siapkan juga dan dihantar untuk TNMM14 anjuran MPH Publishing. Doakan Hana berjaya ya... Okey, kita berbalik pada tajuk entry kali ni. Sejak Kita Bertemu (SKB). 


Tajuk : Sejak Kita Bertemu
Penulis : Camellia
Penerbit: Karya Seni

SINOPSIS: 

Sejak ANIS SARINA menerima lamaran DAMIEN, hatinya sudah nekad untuk melupakan masa lalu. Namun, dia tidak pernah menyangka itu tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan. Kesangsian dan perasaan rendah diri menguji cinta Anis terhadap Damien lebih-lebih lagi setelah kandungannya keguguran.
Lantaran itu, Damien cuba mengubati hati Anis dengan membawa Anis bercuti di Vila Helena. Sebuah vila di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayahnya, Tan Sri Dzairil. Vila yang mempunyai kisah sendiri selama ini dan tersergam indah menggamit penghuninya.
“Kalau Anis tak suka tinggal di situ macam mana?” - ANIS
“Abang akan buat sampai Anis suka.” - DAMIEN
“Anis cuma nak abang janji dekat Anis. Kalau Anis tak suka tinggal di situ, kalau Anis mahu balik ke sini, abang mesti bawa Anis balik bila-bila masa yang Anis nak.” - ANIS
Namun halangannya bukan sahaja setakat itu. Hadir pula seorang gadis cantik yang penuh misteri bernama Maya. Gadis yang tiba-tiba ada di dalam vila mereka dan mengundang rasa cemburu dalam  hati Anis. Kemudian keadaan diterukkan lagi dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Hanna. Siapa Maya dan siapa Hanna?
Namun Damien juga punya keraguan sendiri.
“Anis tak payah berbohong. Tak payah nafikan. Abang tahu, abang tak setanding dia.” - DAMIEN
Antara Anis, Damien, Hanna dan Maya, siapakah yang berkata benar? Mungkinkah cinta hilang nilainya tanpa rasa percaya? Adakah semua itu ada kena-mengena dengan misteri di vila itu? Mungkin benar kata ayah Damien, vila itu bukan lagi mahligai cinta tetapi lubuk segala petaka.



REVIEW: 

Cerita yang memang saspenskan Hana. Hana baca dalam masa satu hari. Start Anis pindah ke Villa Helena, Hana dah tak boleh buat kerja lain. Misi Hana, kena habiskan cepat. Tak boleh bertangguh sebab tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Cerita ni banyak sangat misterinya. Deskripsinya pun boleh buat kita terbayang-bayang. Contohnya, kuih sayang-sayang. Hihi..Hana cuba juga cari macam mana rupanya tapi Encik Google tak ada jawapannya. Tapi ngeri juga time Pak Cik Baba tolong Joe lepas Joe termakankan kuih tu. Berbaldi-baldi jugaklah Joe muntah. 

Kalau kawan-kawan nak tahu, SKB ni adalah kesinambungan dari novel Erti Cinta (EC). EC dulu pun best cuma Hana bertambah suka dengan SKB. Mungkin sebab watak-watak dia semakin matang. Lagipun, banyak pengajaran yang boleh didapati dalam SKB. 

Antaranya, kepercayaan adalah penting dalam sesuatu hubungan. Dalam novel ini, kepercayaan Anis terhadap Damien teruji dengan adanya Maya dan Hanna. Kepercayaan Damien pula diuji dengan masa silam Anis yang pernah menyukai kembar Damien. 

Dalam SKB ni turut mengetengahkan tentang dendam antara seorang gadis demi cinta dan sumpah yang terlafaz. Dendam yang akhirnya membuatkan seseorang itu tunduk pada kuasa lain selain Allah hingga menyusahkan terlalu ramai orang. 

Banyak lagi pengajaran yang ada dalam SKB, nak taip pun tak larat. Nanti jadi karangan pula. Yang Hana boleh kata, Hana puas hati dengan SKB. Bila baca SKB dan EC terasa macam tengok slot Seram dekat TV3 dulu. Hihi...

Kalau kawan-kawan nak baca secara online, bolehlah melawat blog beliau di  Maria Kajiwa/MK/Camelia

p/s: InsyaAllah, ada rezeki review buku lain pulak lepas ni. Kesian dengan blog ni, bersawang dah. Hana akan mula kerja minggu depan. Mungkin akan sibuk betul tapi insyaallah, Hana masih sedang cuba siapkan BMP pula. Lepas itu, Hana akan mula update novel yang terbengkalai. ^^