Followers

Friday, February 17, 2012

Bread+Muffin=Pastry / TSP- BAB 2

BAB 2

 

ADAM bangun dari duduknya. Dia benar-benar terperanjat bila gadis itu tiba-tiba sahaja muncul lantas menyimbah jus tembikai ke tubuhnya.

“Shoot. Kau buat apa ni? Apa hal main simbah-simbah aku?” tempelak Adam. Tangannya segera menarik tisu dari kotak tisu lalu tempat terkena air itu disapu

            “Apa main simbah-simbah? Kau lupa apa yang kau buat dekat aku tadi?” Isma cuba mengawal getar di dalam bicaranya. Hilang keayuannya sebentar.

            “Hey, junior.” Johan cuba menegur Isma namun dihalang Adam itu. Adam memandang memandang Isma dengan pandangan yang menyinga.  

“Apa yang aku buat dekat kau?” soal Adam. Lelaki itu menjungkitkan sebelah keningnya. Dia sengaja mahu mencabar Isma. 

“Kau dah buat aku gagal dalam subjek tu dan kau boleh tanya aku apa yang kau dah buat? Hey, Mr. Kau jangan ingat kau dah tukar baju semua ni, aku tak cam kau. Kau senang-senang rosakkan kek aku lepas tu kau nak marah aku pula?” Isma benar-benar marah. Jari telunjuknya tepat diarahkan pada batang hidung Adam.

            Adam segera menepis. Dia tidak suka bila dituding sebegitu. “Oh, baru aku ingat. Kau yang jatuh dekat hall fakulti tadi kan? Yang buat kek tak berapa nak menarik tu kan?” Adam mula teringat. Dia masih ingat lagi perempuan huduh bercermin mata bulat besar itu.

            Mata Isma mencerlung menahan marah. Anak matanya bertukar merah. Isma cuba menahan air mata dari keluar. Kata-kata lelaki itu benar-benar menguris perasaannya. Dia tahu kek yang dibuatnya tidak sesedap kek orang lain tapi lelaki di hadapannya itu tidak punyai hak untuk berkata demikian padanya sedangkan kek itu tidak pernah dijamah lelaki itu.       


            “Adam, jom bla. Orang ramai dah mula berkerumun ni,” bisik lelaki berbaju coklat pula. Naim segera menarik Adam.

            “Betul cakap Naim. Orang dah berkerumun ni,” sokong lelaki baju berbelang putih yang lebih dikenali sebagai Johan.

            Adam akur dengan kata-kata kawannya. Matanya sempat mengerling melihat keadaan sekeliling. Orang ramai sudah mulai memenuhi cafe. “Jom,” ajak Adam seraya meninggalkan kawasan cafe. Johan dan Naim turut mengekori Adam.

            Isma mendengus kasar bila Adam bertindak meninggalkan kawasan tersebut. Dia belum habis memarahi jejaka itu.

            “Is, dahlah tu. Malu kat orang,” pujuk Hani. Lengan Isma dipegangnya kejap. Dia sedar perasaan Isma sedang bercampur baur.


“DIA ingat dia tu siapa? Sesuka hati aje nak simbah air kat kau?” Johan menghamburkan kemarahannya bagi pihak Adam. Hari itu saja sudah dua kali baju Adam kotor dibuat gadis itu dan yang menjadi mangsanya adalah baju miliknya.

Adam terus duduk di kerusi yang tersedia di dalam bilik kuliah itu. Dia malas mahu memikirkan perihal gadis yang menyimbah jus tembikai ke arahnya sebentar tadi. Soalan Johan dibiarkan tidak berjawab. Dia terus mengeluarkan buku teks ‘Pengurusan Hotel’ miliknya. Sebentar lagi, kuliah Cik Nurkumalasari, pensyarah subjek itu akan masuk untuk mengajar.

“Mujur ada spare lagi ni.” Naim tiba dengan membawa sehelai baju. Sejurus selepas insiden Adam disimbah dengan air, Naim terus ke kereta Saga miliknya. Mujur saja Naim memang selalu membawa beberapa helai baju ke kuliah. “Tapi baju ni berbau sikit sebab aku ingat nak hantar dobi tadi.”

Adam berkira-kira mahu mengambil baju itu. Namun, bila memikirkan keadaan dirinya yang sedang melekit dan bajunya tercemar dengan warna merah jus tembikai, akhirnya dia akur. Adam mengambil baju itu lambat-lambat. Setelah itu, dia terus menyalin pakaian di dalam bilik kuliah itu. Mujur, bilik itu cuma ada mereka bertiga sahaja.

“Kau ada cari pasal ke dengan budak perempuan tu, Ad?” soal Naim sejurus selepas Adam selesai menukar pakaiannya.
           
Adam melepaskan keluhan kecil. Dia malas mahu memikirkan perihal gadis itu. “Dahlah. Aku malas nak fikir. Buat menyemak aje.”


ISMA melemparkan anak-anak batu ke dalam tasik yang tersedia di kolej tempat dia belajar. Memang sudah menjadi kebiasaannya ke situ bila dia dilanda gelisah. Masuk semester ini, sudah hampir dua semester dia di situ. Semester pertama sebagai pelajar jurusan seni rekaan dan semester kedua sebagai pelajar seni masakan. Semuanya gara-gara ayahnya.

            “Is, dahlah tu. Takkan sebab satu benda, kau nak ponteng kelas?” Hani masih setia di sisi Isma. Usia Isma yang tua setahun darinya itu, langsung tidak mengehadkan panggilan Hani.

            “Aku takut Han. Aku takut kalau abah aku tahu pasal ni. Kalaulah dia tahu aku gagal dalam subjek ni macam mana?” Isma melahirkan kebimbangannya.

            “Tapi ni kan bukan salah kau, Is. Takkanlah abah kau tak faham?” sampuk Zatie. Zatie memandang riak wajah Isma tanpa berkelip. “Plus, kau belum tentu fail lagi kan?” Zatie cuba berfikiran berpositif.

            “Kau tak kenal abah aku, Zatie. Dia tu tegas orangnya. Malah, dia expected aku to do better,” luah Isma. Dia sedar dia masih ada peperiksaan akhir semester untuk cover markah subjek tersebut tapi dia sendiri tidak yakin boleh melakukannya kerana dia masih baru dalam program tersebut. 

            “Is, macam nilah. Aku rasa lebih baik kau jumpa mamat tu semula. Bincang dengan dia. Bawak dia jumpa En Hakim. Mana tahu terbuka pintu En Hakim nak maafkan kau dan dia benarkan kau ambil semula test tu,” saran Hani.  

            “Betul tu. Aku sokong Hani. Kadang-kadang kita kena juga buang ego tu. For you own sake,” sokong Zatie. Mengenali Isma, membuatkan dia sedar akan semangat Isma yang senantiasa dipengaruhi oleh ayahnya.

            Isma melepaskan keluhan kecil. Dia akui kata Hani dan Zatie ada benarnya. Dia harus buang rasa egonya. Silapnya juga kerana berjalan tak tengok hadapan sehingga melanggar jejaka itu dan dia sendiri tak boleh nak salahkan lelaki itu kerana mencampakkan keknya ke tanah. ‘Kalau aku kat tempat dia, aku pun akan buat macam tu juga.’

            “Tapi...mana aku nak carik mamat tu? Aku bukan kenal dia pun,” luah Isma. “Kau orang kenal dia tak?”

            “Entahlah. Aku tak pasti pulak. Mungkin, dia senior kita.” Hani membuat telahan. “Sebab kita pun tak berapa kenal senior kita kan?”

            “Aku rasa Hani betul. Kalau tak silap aku, member mamat tu ada panggil kita semua junior. Aku rasa betullah dia senior cuma tak pasti dia senior kita atau kos lain,” sokong Zatie.

            Isma melepaskan keluhan kecil. Baru seminggu hidup sebagai pelajar bakery, dia sudah membawa banyak masalah. ‘Macam manalah aku nak survive sampai empat tahun ni?’

            “Eh...tu mamat tadi kan?” soal Zatie. Matanya tertumpu pada tiga susuk tubuh yang sedang berjalan dari arah dewan kuliah.

            Serentak dengan itu, Isma dan Hani berpaling. Melihatkan wajah Adam sudah cukup membuatkan dada Isma bergetar. Dia teringat kembali peristiwa di cafe Rimba sebentar tadi.

            “Jom.” Hani menarik tangan Isma ke arah Adam dan rakan-rakannya.


NAIM terus sahaja berjalan di hadapan Adam sebaik matanya menangkap kelibat Isma dan rakan-rakannya. Dia khuatir Isma mahu menyimbah Adam lagi. Sudahlah, baju yang dipakai Adam itu adalah hadiah pemberian teman wanitanya yang kini berada jauh di mata.

            “Kau nak apa? Nak simbah member aku lagi ke?” Kasar Naim menyoal.

            “Kau sibuk apasal? Bukannya kitaorang nak cakap dengan kau.” Zatie pula yang membalas.

            “Zatie....” Hani menegur Zatie. Dia menghadiahkan jelingan pada Zatie. Dia tidak mahu Zatie membuat adegan yang tidak patut di situ. Lain pula yang dirancang, lain pula yang jadi. Silap-silap hari bulan, niat yang pada mulanya ingin membantu Isma, bertukar menjadi pergaduhan Zatie pula.

            “Kau nak apa?” soal Naim.

            “Kawan kau tu tak ada mulut ke nak cakap? Kena guna kau untuk cakap?” soal Zatie lagi.

            “Zatie....” Sekali lagi, Hani menegur Zatie.

            Zatie mengetap bibir. Dia terlanjur bercakap. Dia memang begitu, terlalu mudah naik angin, berbeza dengan Hani yang sentiasa kelihatan tenang.

            “Kau....” Naim mula naik angin.

            Zatie menjelir lidahnya.

            “Kau nak apa?” soal Adam dari belakang Naim. Naim segera beralih ke tepi.

            “Saya....” Tergagap-gagap Isma ingin memulakan bicara. Hatinya bergetar hebat. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

            “Zatie, Naim, jom,” ajak Hani tiba-tiba. Dia tahu Isma tidak betah bercakap dengan Adam lanteran kehadiran mereka di situ.

            “Ke mana?” ujar Zatie dan Naim serentak.

Zatie mengerutkan dahinya, begitu juga Naim. Mereka saling berpandangan sebelum mata mereka tertumpu pada Hani.

“Jom. Aku nak tanya Naim pasal komputer aku. Ada problem sikit. Teman aku, Zatie.” Hani mencipta alasan.

Naim mengerutkan dahinya. “Sejak bila pulak aku reti komputer ni?”

“Sejak tadi....” Hani terus menarik tangan Naim dan Zatie menjauhi Isma dan Adam.

Isma semakin panik saat kawan-kawannya menjauh. Dia jadi tidak keruan. Dia meneguk liurnya berkali-kali.

“Diaorang dah pergi. Kau nak cakap apa dengan aku?” soal Adam. Dia cukup kenal perangai Hani. Dia tahu kenapa Hani berbuat demikian. Pasti gadis di hadapannya itu mahu mengatakan sesuatu padanya.

“Saya... saya....”

“Tadi punyalah lancang mulut kau marah, maki bambu aku, sekarang, terus bisu?” perli Adam. Dia menundukkan sedikit kepalanya agar menyamai ketinggian Isma.  Tangannya diletakkan ke dalam poket seluar.

Isma mengetap bibirnya. “Bukan macam tu...saya....”

“Aku ni sibuk orangnya. Aku bagi kau lima saat untuk kau cakap,” ugut Adam. Dia masih ada hal yang ingin diuruskan di rumahnya. Hari ini, hari penting untuk dia dan Alysa. Dia tidak mahu lewat.  

Isma mula kelam-kabut. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Entah kenapa, kali itu lidahnya betul-betul kelu untuk berbicara.

“5...4...” Adam mula membilang.

‘Aku nak cakap apa ni?

“3...”

‘Cakap maaf lepas tu baru minta tolong or minta tolong baru minta maaf?’

“2...sa...”

“Saya minta maaf....”

Adam berhenti membilang. Matanya terbuntang sedikit namun cepat-cepat dikawalnya. “Aku silap dengar ke?”

            “Saya tahu silap saya sebab jirus air tu dekat awak. Saya tak sengaja. Saya marah sangat,” luah Isma. Serentak itu, hatinya terasa lega.

            “Tahu pun.”

“Salah saya juga sebab jalan tak tengok depan sampai terlanggar awak.”

“Tahu pun. Jadi, kau nak cakap apa dengan aku? I believe that’s not the only thing yang kau nak cakap dengan aku kan? Mesti ada something else kan?” telah Adam. Dia menegakkan tubuhnya. Terasa lenguh bila tunduk untuk menyamakan ketinggiannya dengan ketinggian Isma.

Isma mengetap bibirnya lagi. Nampaknya Adam bukan calang-calang orang. Adam seperti tahu niatnya.

“Saya...nak minta tolong awak untuk jumpa dengan pensyarah saya. Saya nak awak jelaskan pada dia agar saya dapat ambil semula ujian penilaian tu.”

“Siapa? Encik Hakim?” Riak muka Adam terus berubah.

Isma pelik. ‘Mana mamat ni kenal Encik Hakim? Aku tak sebut lagi nama Encik Hakim kat dia?’

“No. Aku tak nak.” Adam terus menolak permintaan Isma. Dia segera mengangkat kaki.

            “Tapi kenapa? Tolonglah, awak saja yang boleh tolong saya. Saya betul-betul nak ambil semula ujian tu. Matilah saya kalau saya gagal dalam subjek tu.” Isma terus merayu. Dia sama sekali tidak menyangka jejaka itu akan menolak permintaannya. Sangkanya, Adam sudi membantunya.

“Aku kata tak nak, means tak nak lah. Tak faham?” Adam terus berlalu meninggalkan Isma dalam keadaan terpinga-pinga.

Isma terduduk di situ. Baru saja, harapan baru itu muncul kini harapan itu sudah terhapus. ‘Apa yang aku nak cakap dengan abah ni?’


5 comments :

  1. keras hati sngt la Adam ni X( kesian Isma.. x pasal2 xleh amik semula ujian penilaian tu...

    ReplyDelete
  2. alalalala...cian Isma..Adam, please la tolong isma tu...hehe..
    mcm manalah agaknya isma nak pujuk adam eh?

    ReplyDelete
  3. @haruno hana - Adam tu sebenarnya nak tolong tapi keadaan yang memaksa dia jadi gitu..huhu

    @okie - hmmm...tunggu next entry ya..

    ReplyDelete
  4. uhuk,kesian isma..kenapakah kejam sangat adam hoii !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada satu rahsia yang isma tak tahu..cuma adam je yang tahu...hehe

      Delete

>dah baca jangan lupa komen ya...
hope kengkawan suka dengan n3 nie...
komen dari kalian sedikit sebanyak memberi semangat untuk Hana terus post lagi<