Followers

Thursday, December 29, 2011

Bread + Muffin = Pastry - Bab 1

BAB 1:

 
ISMA mempercepatkan langkah kakinya. Dia menggumam sendirian. Kalau ikutkan, sudah lama kek yang dimasaknya siap. Kalau bukan kerana perebutan oven antara dirinya dan seorang senior, sudah pasti dia akan dapat menghantar kek tersebut untuk penilaian. Dia tidak mahu lewat untuk penilaian keknya. Statusnya sebagai pelajar baru di kolej masakan itu membuatkan dirinya benar-benar bertimbang-rasa.  
           
Isma terus sahaja meluru ke pejabat Encik Hakim yang terletak di bangunan utama fakulti. Dia langsung tidak mempedulikan pandangan orang lain. Matlamatnya hanya satu, dia harus ke pejabat Encik Hakim agar pencapaiannya diberikan markah. Dia rela markah dipotong kerana lewat daripada terus mendapat markah kosong.
           
Isma melangkah dengan rakus sehingga dia tidak perasan tali kasutnya terbuka. Entah mana silapnya, Isma terpijak tali kasutnya sendiri. Tidak semena-mena, kek coklat yang berada di atas tapak tangannya terjatuh. Malang tidak berbau bila mana kek tersebut jatuh benar-benar di atas dada seseorang.
           
Isma menaikkan pandangannya menghadap insan di hadapan. Wajah bengis lelaki itu membuatkan Isma meneguk liurnya. Isma segera memakai cermin matanya semula. Mujurlah cermin matanya tergantung di lehernya jika tidak mahu teraba-raba dibuatnya.
           
Lelaki itu mengepal buku lima. Baju putih yang serba bersih dan suci itu dilihatnya dengan mata yang mencerlung. Kesan coklat yang mencalari kemeja itu membuatkan lelaki itu memandang Isma bagaikan mahu menelannya.
           
“Maaf,” pohon Isma. Isma segera mendekati lelaki itu lalu cuba menarik kek coklat yang melekat di dada lelaki itu. Namun, belum sempat Isma menghampiri lelaki itu, lelaki itu menolaknya sehingga jatuh terduduk.
           
“Hey, kau ni buta ke? Aku yang besar kat sini pun kau tak nampak? Kau tengok baju ni.” Lelaki itu menunjukkan bajunya yang kotor pada Isma.
           
“Maafkan saya tapi saya betul-betul tak nampak awak. Saya nak cepat.” Isma masih memohon maaf.
           
“Ada mata tapi letak kat lutut,” balas lelaki itu seraya mencampak kek coklat itu mencium lantai.
           
Mata Isma terbeliak melihat adegan itu. Tanpa disedari, Isma segera bangkit. “Eh, Mr. Kan saya dah minta maaf. Awak nak apa lagi?” Isma mula hilang sabar. “Nak maafkan orang pun susah ke?”
           
“Kau?” Lelaki itu terdiam seketika. Dia sama sekali tidak menyangka Isma akan membalas kata-katanya.
           
“Thanks to you, kek saya dah rosak.”
           
“Bukan salah aku kek kau rosak. Kau yang jalan tak tengok depan.” Lelaki itu masih dengan egonya.
           
“Eh, Mr. Kek tu still okay masa dia melekap dekat baju tu tapi awak yang baling dia ke tanah sampai dia rosak macam tu,” balas Isma yang tidak kurang egonya. Dia masih betah membalas kata-kata lelaki itu.
           
“Arghh..whatever.” Lelaki itu sudah malas mahu bertengkar. Dia masih ada tempat harus dituju. “Ketepilah.” Tubuh Isma yang berada di laluannya ditolak ke tepi.
           
Isma tertolak ke tepi. Dia mengetap gigi menahan marah. “Tengoklah kau. Jangan bagi aku jumpa kau lagi lepas ni. Kalau tak, siaplah kau.”
           
Isma segera mengambil kek coklat miliknya. Kek yang tidak serupa kek itu membuatkan hatinya disayat pilu. Dia benar-benar sedih melihat keknya jadi sebegitu. Sudahlah masa penilaian hampir tamat, dia pula tidak mempunyai produk untuk ditunjukkan pada Encik Hakim.
           
“Awak okay?”

Soalan dari seseorang membuatkan Isma segera menyeka air matanya.
           
Isma meneguk liurnya. Kehadiran insan itu membuatkan jantungnya berdegup makin kencang. Isma mengelipkan matanya berkali-kali. Dia bagaikan tidak percaya lelaki yang menjadi impiannya berada benar-benar di hadapannya.
           
“Awak okay?” Lelaki itu mengulang kembali soalannya.
           
“Okay.” Tergagap-gagap Isma menjawab. Haruman CK yang dipakai jejaka itu benar-benar menyesakkan jiwanya.
           
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Lelaki itu menyoal Isma seraya membantu Isma membersihkan lantai yang dicemari coklat.
           
“Entahlah. Semuanya berlaku dengan cepat.” Isma terasa penat untuk memikirkan hal yang baru sahaja terjadi.
           
“I guess kek ni tak dapat diselamatkan lagi.” Lelaki itu membuat telahan. “Agak kejam orang yang buat awak jadi macam ni.”
           
“Nak buat macam mana? Dah nasib saya macam ni.” Isma merendah diri. “Terima kasih sebab tolong saya.”
            “Tak apa. Hal kecil aje. By the way, nama saya Firuz.” Lelaki itu menghulurkan salam perkenalan.
           
Isma tersenyum kecil. Sedari dulu lagi, nama jejaka itu sudah diketahui. ‘Akhirnya.’
           
“Saya pergi dulu. Saya dah lewat ni.” Firuz meminta izin untuk beredar.
           
Isma melompat kegembiraan. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa akhirnya dia akan bersua dengan jejaka idamannya. Semenjak pertama kali menjejakkan kaki di kolej itu, dia mula menyimpan perasaan pada lelaki itu. Buat seketika dia terlupa tentang masalah yang akan dihadapinya kerana kek tersebut.


“JADI, awak nak kata awak berlanggar dengan seseorang sehingga kek ni jadi macam ni?” Encik Hakim meminta kepastian. Dia bagaikan sukar untuk mempercayai kata-kata Isma. “Oleh siapa?”
           
Isma menggigit bibir. Dia tidak tahu nama lelaki yang melanggarnya tadi. Itu kali pertama dia terserempak dengan jejaka itu. “Saya tak tahu,” ujar Isma seraya menundukkan pandangannya. Matanya tertumpu pada fail-fail yang berada di atas meja Encik Hakim.
           
“Jangan tipu saya. Saya cukup tak suka orang tipu saya. Entah-entah awak yang sengaja jatuhkan kek ni,” bentak Encik Hakim. Fail yang berada di tanganya dibaling ke atas meja. Alasan Isma langsung tidak dapat diterimanya. Mustahil, Isma tidak mengenali pelajar-pelajar di Fakulti Sains Makanan (FSM).
           
Isma tersentak  mendengar bunyi hentakan tersebut. Mujur saja dia tidak menghidapi penyakit jantung. Jika tidak, di situ juga ajalnya tiba.
           
“Tapi saya tak tipu Encik Hakim.” Isma masih bertegas dengan pendiriannya.
           
“Dah. Saya tak nak dengar alasan awak. Saya paling tak suka orang yang kuat beralasan.” Encik Hakim mengerutkan dahinya. Memang sedari dulu lagi, dia tidak gemar orang memberi alasan mahupun menjawab apa yang dikatakan.
           
“Tapi saya.”
           
“Kosong.”
           
“Kosong?”
           
“Markah awak, saya bagi kosong. Tak ada appeal. That is my final decision,” tegas Encik Hakim. Pandangannya kembali pada dokumen yang berada di hadapannya. 
           
“Tapi Encik Hakim.” Isma masih mahu cuba merayu.
           
“Kalau tak ada apa-apa lagi, awak boleh keluar sekarang.”
           
“Tapi.” Isma merasa terpukul mendengar arahan tersebut
           
Deringan telefon membuatkan pandangan Encik Hakim terkalih. Mendengarkan sahaja suara di sebelah sana talian, Encik Hakim menghayunkan tangannya ke arah Isma sebagai tanda keluar.
           
Isma mengetap bibirnya. Dia melangkah berat keluar dari pejabat Encik Hakim. Dia benar-benar berasa sebal hari tu. ‘Kenapa susah sangat nak faham? Bukannya aku sengaja nak jatuhkan kek tu.’
           
Isma melangkah perlahan menuju ke cafe. Pesanan ringkas yang baru diterima dari Zatie dan Hani yang mahu mereka berjumpa di Rimba Cafe yang terletak di FSM membuatkan dia terus sahaja ke situ.


“BETUL ke apa yang aku dengar?” Zatie terus sahaja menyoal sebaik sahaja dia tiba dengan dulangnya. Mereka sengaja memilih tempat yang agak tersembunyi di Rimba Cafe itu.

            “Apa yang kau dengar?” Isma langsung tidak ada mood untuk bergosip hari itu. Di fikirannya cuma terbayangkan kata-kata Encik Hakim. ‘Kosong? Macam mana aku nak survive atas paras bahaya untuk final?’

            “Pasal kau kena langgar dengan mamat mana entah and kek kau jatuh,” sampuk Hani. Dia mengambil tempat di sebelah Isma.

            “Mana korang tahu pasal tu?” Isma mengerutkan dahinya. Bukankah Zatie dan Hani tidak berada bersamanya sebentar tadi. “Takkanlah dah tersebar satu fakulti?”

            “JI (jejaka idaman) kau cerita tadi. Kitorang terserempak dengan dia masa nak ke sini.” Zatie merungkai persoalan Isma.

            “Macam mana kau jumpa Firuz? And plus, macam mana dia kenal kau orang?” Isma mengerutkan dahinya.

             “Entah.” Hani menjungkit bahu. “Encik Hakim cakap apa?” Hani lebih berminat untuk mengetahui perihal Encik Hakim.

            “Dia bagi aku kosong untuk tugasan ni,” ujar Isma lemah. Nasi goreng di dalam pinggannya dikuis-kuis.

            “Kosong? Gila ke? Penat-penat kau buat. Kau tak cerita ke apa yang berlaku sebenarnya?” Suara Zatie mulai tinggi.

            “Dah tapi dia kata tu semua alasan aku.”

            “Ni tak boleh jadi. Kalau kau dapat kosong untuk tugasan ni, macam mana kau nak survive tuk final? Kau tahukan final tu susah. Lainlah kalau kau boleh score.”

            “Kau tak cerita pun aku tahu, Zatie.” Isma menghirup teh aisnya. “Ni semua, mamat tu punya pasal. Siaplah dia kalau aku jumpa dia.”

            “Mamat mana?” Hani mengerutkan dahinya.

            “Entah. Tapi jangan sampai aku jumpa dia.” Mata Isma sudah berbara menahan marah. “Kalau aku jumpa dia, memang naya dia.”

            “Kau tak nak beritahu chef pasal ni?” Takut-takut Hani menyoal. Bukannya dia tidak tahu betapa garangnya bapa Isma sehingga gadis itu kerapkali kecut tatkala nama chef disebut.

            “Jangan. Aku tak nak sesiapa pun antara kauorang beritahu chef. Kalau terbongkar benda ni, korang aku cari,” ugut Isma. Sebolehnya, dia tidak mahu bapanya yang lebih dikenali sebagai Chef Ismail itu tahu mengenai perkara tersebut. Jika bapanya tahu, sudah pasti bapanya akan mendendanya.

            “Tapi lambat-laun, dia akan tahu juga kan?” telah Hani. Dia benar-benar khuatir jika Chef Ismail tahu mengenai perkara tersebut.

            “Memanglah tapi bukan dalam masa terdekat ni. Aku akan pastikan chef takkan tahu perkara ni.” Isma menyimpan tekad. Bapanya tidak harus tahu mengenai perkara tersebut. Pengalaman lalu sudah cukup membuatkan dia serik.
           

ISMA berhenti mengunyah nasi goreng yang dipesannya. Suara seseorang dari arah belakang membuatkan dia terdiam. Isma segera berpaling ke arah sebuah meja. Suara mereka berbual antara satu sama lain kedengaran kuat sehingga menganggu tumpuan orang lain.

            Isma mengerutkan dahinya saat terpandang salah seorang lelaki yang berada di meja itu. “Siapa lelaki tu?”

            “Yang mana?” Zatie menyoal Isma kembali. Matanya turut terarah pada sekumpulan lelaki yang sedang berbual itu.

            “Yang baju biru tu.”

            “Mmmm...entah. Tak pasti pula sebab rasa macam tak pernah tengok dia sebelum ni.” Zatie merenung jejaka itu sedalamnya. “But he’s quite handsome.” Sempat lagi Zatie memuji.

            “Entah-entah...” Hani membuat telahan. “Senior kot? Sebab nak kata coursemate macam tak.”

            “Senior atau tak? Itu aku tak peduli. Yang aku tahu, dia hutang aku markah kek aku.” Isma mengetap giginya.

            “Maksud kau, dia mamat yang langgar kau?” Zatie meminta kepastian.

            “Kau still nak minum tak tembikai kau tu?” Isma menyoal Zatie. Dari tadi, dilihatnya Zatie langsung tidak menyentuh jus miliknya.

            “Tak mahu lah aku. Ada semut dalam ni.” Zatie segera menolak jus tembikai itu menjauhi dirinya. “Kenapa?”

            “Aku nak.” Isma terus bangun lantas mencapai gelas jus tembikai tersebut. Tanpa memikirkan akibat akan tindakannya, dia terus sahaja menuju ke arah lelaki berbaju biru itu. Dengan tidak semena-menanya, jus tembikai itu dijirus ke arah lelaki itu.

            Lelaki itu terus bangun dari duduk. Dia benar-benar terperanjat diperlakukan sebegitu. Masuk kali itu, sudah dua kali dia terpaksa menukar bajunya. Mujur saja, temannya membawa baju lebih, dapat juga dia meminjamnya. “Kau!”

p/s: ni BMP versi baru..Hana baru je lepas siapkan Love Is dan sekrang ni dalam proses nak siapkan BMP pula..Hana dah try hantr LI kat publisher...harap2x diterima..doakan Hana ya..dan Hana harap kalian suka BMP versi baru ni..


Sunday, December 18, 2011

Quick Update

Assalamualaikum semua, 

Maaf sebab Hana tak sempat nak update LI seperti yang dijanjikan sebab Hana kena kejar masa untuk hantar draft thesis pada pensyarah..Hana dah siapkan dah next chapter untuk LI tapi tak sempat nak edit sbb ada part yang dirasakan tak bersesuaian dan harus dikeluarkan..sebab tu tak sempat nak post..kalau tak, Hana terus post aje..he~ maaf ya..khamis ni insyaALLAH..lega sikit kot..dan jika berkesempatan Khamis ni Hana upload...

oleh kerana Hana tak mahu blog ni bersawang..Hana sengaja post gambaran watak untuk BMP yang dah Hana rombak..cast dia pun Hana dah ubah sebab Hana rasa lebih sesuai kot..maaflah kalau ada yang tak minat gambaran watak yang Hana letak..sebab Hana tak ada idea nak letak siapa kecuali kumpulan kpop feveret Hana..he~

Thursday, November 17, 2011

Peraduan Menulis Cerpen PARANORMAL

   

Ingin diumumkan di sini bahawa sempena penerbitan novel ERTI CINTA pada bulan Disember kelak, satu peraduan menulis CERPEN PARANORMAL akan diadakan di Grup Komuniti-ENovel.  

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Tempoh Peraduan: 15 November 2011 -15 Disember 2011

Syarat peraduan: 

1) Panjang cerpen hanya maksima 10 ms WORDS Double spacing

2) Disiarkan di blog masing-masing dengan SLOGAN

'Saya mahu novel ERTI CINTA - Camelia' yang ada LINK ke grup KEN.

3) Cerpen akan diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada admin KEN.

4) Cerpen hendaklah ditulis dalam bahasa yang baik.

5) Cerpen juga hendaklah ditulis dengan berhati-hati tanpa memesongkan akidah pembaca.

6) Keputusan juri adalah muktamad.

7) Hadiah :

Tempat PERTAMA:
Sebuah novel ERTI CINTA dan wang tunai RM 50/voucher buku/top up

Tempat KEDUA :
Sebuah novel ERTI CINTA dan sebuah buku TULIS NOVEL cetakan terbaru

Tempat KETIGA :
sebuah novel ERTI CINTA dan sebuah buku antologi TENTANG CINTA

* Hadiah akan dinaikkan jika penaja bertambah.

8) Semua cerpen mestilah di post di KEN untuk bacaan semua ahli. 


Oleh itu dijemput semua yang ada blog dan boleh menulis cerita menyertai grup ini dan menyertai peraduan yang menarik ini.


Selamat mencuba! Semoga Berjaya.

*autopublish entry

Wednesday, November 16, 2011

Erti Cinta - Mana saya punya cinta

Assalamualaikum semua,



Wah, lama juga Hana tak update blog ni. Bersawang di buatnya. Biasalah, nama pun pelajar tahun akhir. Jadi, sibuk sikit banyaklah gamaknya. Sebenarnya, niat di hati nak pos entry baru tapi terpaksa tangguhkan dulu sebab tak sempat nak edit. Tapi tangan tu masih gatal nak berfacebook and suprisingly, Hana dapat satu news pasal buku terbaru kak Maria. Makanya, Hana nak citer pasal novel yang keluaran baru kak Maria Kajiwa. 

Siapa pernah baca ERTI CINTA - Mana saya punya cinta? Kalau pengunjung setia penulisan2u mesti tahukan. Tapi sayang, entry cerita ni dah distopkan untuk publication. Lama juga nak tunggu di terbitkan. 

Tapi good news is, akhirnya buku ni akan diterbitkan juga. Bulan Disember ni, novel ERTI CINTA akan menemui kita semua di pasaran. Seriously, Hana suka gila cerita ni. Tak sabar nak tahu siapa sebenarnya Danny ni? Kenapa dia ni misteri sangat. Joe pun sama. Kenapa Joe tu macam tahu sesuatu? Kenapa Anis je nampak Danny? Misteri2x...

Kalau kalian semua, tak pernah baca cerita ni..apa kata kalian ke penulisan2u, kat situ ada dari bab 1 hingga bab 18..trylah baca..lepas tu, kalau nak tahu ending dia, nantikan keluarannya bulan DISEMBER ni.. 

p/s: dah siap pesan kat adik suh carikan..maklumlah, susah sikit nak cari novel dekat Kuala Terengganu ni..=)

Saturday, September 3, 2011

selamat hari raya


assalamualaikum semua, 
hari ni dah pun masuk hari ke-5 umat Islam menyambut Hari Raya di Malaysia...Hana harap Hana belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya...

jadi, di kesempatan ini Hana nak minta maaf dari hujung kaki hinggalah ke hujung rambut..
sebab Hana tahu Hana selalu mungkir janji...Hana ingat lagi Hana selalu tabur janji-janji palsu..Hana pernah kata nak post entry dua kali seminggu tapi Hana tak buat pun...Hana terlalu sibuk Hana tahu kalian pun sibuk juga tapi tetap cari peluang nak baca updated entry...dan sekarang Hana pun dapat rasakan, kalian pun dah makin jauh dari blog Hana sampaikan Hana dapat rasakan tak ada sesiapa pun yang baca blog Hana...mungkin inilah penangannya bila janji tak dikotakan...

sekarang Hana tak nak janji apa-apa..cukuplah kalau Hana beritahu Hana dah siapkan Love Is untuk dimasukkan ke dalam blog ni...tapi Hana tak nak janji Hana akan masukkan dua kali seminggu...sebab Hana takut Hana tak dapat lakukannya...

akhir kata, Hana betul-betul minta maaf atas semua kesalahan Hana...Hana tahu Hana dah buat banyak silap, kesalahan dan dosa..jadi, Hana harap kalian dapat maafkan Hana dan teruskan menyokong Hana...pada Hana, life as a writer is worthless without the reader...kalianlah yang selalu menyokong Hana untuk menulis..tanpa kalian, siapalah Hana...i'm really sorry for all the bad things that i have done...jeongmal mianhae...

from the bottom of the heart, 

HANANORISA

Tuesday, March 29, 2011

PERADUAN MENULIS CERPEN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

Bermula dari 1-30 April 2011, Grup KEN akan menganjurkan sebuah pertandingan menulis CERPEN di kalangan ahli-ahli grup.

HADIAH PERTANDINGAN:
...
1) TEMPAT PERTAMA:  Sebuah novel + RM 50 (dalam bentuk tunai/top up) -Sumbangan MARIA KAJIWA (Janji Julia)

2) TEMPAT KEDUA:  Sebuah novel + RM 30 (dalam bentuk tunai/top up) -Sumbangan FARAH HUSSAIN (The Untold Story)

3) TEMPAT KETIGA:  2 buah novel - Sumbangan Zuliana Abuas (Gadis Rimba) dan Nurul Fadzillah (Antasia)

4) TEMPAT KEEMPAT : Sebuah novel- sumbangan Sharina Wirdayu (Waktu Mengukir Rindu)

5) TEMPAT KELIMA : Sebuah novel -Sumbangan Qaseh Qaisara (Jangan Pernah Berubah)


SYARAT PERTANDINGAN:

  1. Terbuka hanya kepada ahli KEN. Juri tidak dibenarkan mengambil bahagian.
  2. TEMA : CINTA 
-CINTA ada pelbagai jenis cinta. Terbuka kepada apa jenis cinta sekalipun kecuali cinta yang songsang atau sumbang mahram.

3) PANJANG

-MAKSIMA 8 mukasurat Words-Langkau 2 (Double spacing)

4)Tidak ada unsur-unsur negatif dan membangkitkan isu perkauman.

5)Menggunakan Bahasa Malaysia yang baik.

7)Menggunakan EJAAN yang betul.

8) Menggunakan tanda baca yang betul.

9)Mempunyai mesej dan menghiburkan.

10)Mematuhi format cerpen seperti perenggan dan babak.


CARA PENYERTAAN:

1) SIARKAN  cerpen anda di blog anda.

2) Letak gambar LOGO Grup KEN di atas cerpen anda.

3)Letak LINK grup KEN di bawah gambar.

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_156266277748013&ap=1

4) Masukkan LINK cerpen anda ke Grup KEN untuk dinilaikan oleh pihak juri.


PIHAK JURI:

Pihak juri terdiri daripada 14 orang penulis yang akan memberi markah berasingan. Mereka terdiri daripada penulis, novelis dan editor.

Markah yang diberikan akan bergantung kepada keupayaan penulis untuk mematuhi tema dan syarat-syarat pertandingan.

KEPUTUSAN akan diumumkan pada 1 hb MAY 2011.



Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

  

dikesempatan ni Hana nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada pembaca ....ruang imaginasi dan coretanku...ni....Hana tahu byk cerita tergantung..kadang2 tu Hana tak de idea....dan sekarang hal yang tak dijangka berlaku pulak...Hana minta maaf ya...kalau tak silap dah lama dah Hana tak sambung KB dengan BMP....maaf ya..isyaALLAH 2011 ni Hana akan habiskan ketiga-tiga novel kat blog nie...KB, BMP, and LI...insyaALLAH....

apa2 pun...kita mulakan tahun baru ni dengan senyuman...
sempena tahun baru ni jugak....
Hana nak pohon ampun dan maaf untuk kesilapan Hana....
kalau Hana ada buat salah...
tegur2 lah ya...
e-mail pun tak pe..
sori ya...
kita mulakan tahun ni dengan 0-0 ya?