Followers

Sunday, June 4, 2017

UMRAH PERTAMAKU - PROLOG

Kami memang dah lama rancang untuk menunaikan Umrah tahun ni. Erm, sebenarnya tak adalah lama sangat, baru tahun lepas rancang. Sampaikan bila Hana buat keputusan nak resign tahun lepas pun, mama halang. Mama kata, nanti kalau kakak resign, dapat ke cuti dekat tempat kerja baru? Tak ada AL. And I was so confident saying like this:

Diaorang bagi cuti ke tak, akak tetap cuti. Tiket flight dah beli, takkan nak cancel? *masa tu belum jumpa travel ejen lagi, kemain yakin cakap tiket flight dah beli!* 

Dan, Hana pun tender surat resign. Dalam hati terfikir, aku baru start kerja, ada ke AL? Erm, kena UL lah nampaknya ni. *hari tu kemain yakin kan?* Entah macam mana, minggu nak pergi tu, ada training SAP. SAP tu tentang sistem baru yang digunakan untuk gantikan sistem yang kami guna sekarang. Ikutkan, kata mereka cuti dibekukan tapi tidaklah pulak teman tahu. 

Hana ingat lagi, dengan tegasnya Hana kata dengan manager. I dah beli tiket. I juga dah inform you dua bulan awal. You tak inform I pun, cuti dibekukan. Manager Hana speechless and mereka tak dapat halang Hana pergi. No reason untuk halang. Alah, setakat SAP tu di hujung jari. *balik Malaysia, tergagau belajar sistem tu*. Syukur alhamdulillah, dapat pergi dengan aman.

Flight kami pukul 3.00 petang 15 April 2017. Kami ikut Rabbani Travel and Tour. Pakej dia menarik. Abang jiran kami yang cadangkan RTT. Kalau nak tahu, boleh layari facebook mereka. Klik Sini. 

Kami kena sampai awal dekat KLIA. Dalam pukul 10.30 pagi dah sampai sana. Masa inilah, nak check in bag, dengar taklimat dan sebagainya. Masa itu juga, barulah kami dapat passport dan boarding pass. Selesai semuanya, kami dibenarkan untuk pergi makan atau berjalan-jalan dulu sebelum berkumpul semula. Kalau tak silap, dalam pukul 1.30 macam tu *Hana lupa exact time*, kami dah bergerak nak menaiki kapal terbang. 

sumber: facebook RTT 
sumber: facebook RTT

Mama, Hana dan Ayah bersama dengan mak cik dan keluarganya. Kami pergi berempat aje. 


Itu Hana dan ayah Hana. Sama tak muka kami? 
Masa kami nak bertolak tu, dah masuk waktu Zohor. Disebabkan semuanya terkejar-kejar, kami tak sempat nak solat di ruang menunggu. 

Mana tidaknya, tandas jauh dengan tempat menunggu. Jemaah perempuan pula ramai. Sekali kami masuk tandas tu, fuhh penuh!

Akhirnya, kami solat dekat atas kapal terbang. Disebabkan kami dijangka sampai dalam waktu isyak, kami pun jamak dan qasar Zohor/Asar. Nanti bila tiba di sana, kami jamak dan qasar Maghrib/Isyak pula. 

Kapal terbang yang kami naiki adalah Saudia. Servis dia memang tip top. Pramugari dia baik dan comel. Mama suka betul dengan seorang pramugari ni. Dia tak adalah cantik macam Miss Universe tapi wajah dia manis. Dia suka senyum. Berkenan sungguh mama. Kalau Hana ada abang, mesti dah dikenenkannya tu. Ada adik, mujurlah adik Hana tu baru 21 tahun. Makanan yang disediakan pihak Saudia pun sedap-sedap. 

Perjalanan kami mengambil masa lapan jam. Dalam tempoh nak sampai, ada yang tidur, ada yang membaca dan ada yang menonton filem. Dan, disebabkan kami akan terus ke Mekah, makanya bila kapal terbang lalu sahaja tempat miqat, kami pun berniat Ihram. Jemaah lelaki awal-awal lagi, dah bertukar pakaian - pakai ihram. 

Usai niat ihram, berpantanglah kami. Apa pantangnya? Kenalah hadiri kursus umrah. Barulah jelas. Kalau langgar pantang larang, kena dam. Klik sini untuk tahu pantang-larang ihram. 


sumber: mr google

Sampai di Jeddah, kami kena berurusan dengan pihak imigresen. Mujurlah semuanya berjalan lancar. Hana pula kena mengekor ayah sepanjang proses tu. Ya lah, Hana datang dengan mahram. Kalau tak ikut ayah, nanti susah pula Hana nak masuk. Mama takpe. Mama dah lebih 45 tahun, dah boleh independent. 

Usai semuanya, kami pun menaiki bas yang telah ditetapkan. Ada dua bas semuanya. Bas A dan Bas B. Kami sekeluarga dapat Bas B. Mutawif yang akan bimbing kami, Ustaz Ahmad namanya. Comel orangnya. Ada dua orang puteri kalau tak silap. Beliau dah lama menetap di sana rasanya *again, Hana lupa*. 

Kebetulan, Ustaz Ahmad tu merupakan anak angkat kepada abang jiran kami. Ada dua orang lagi, Ustaz Fattoni *Kalau tak silaplah namanya tu. Hana baru perasan beliau, masa hari akhir dekat Madinah* dan Ustaz Ismail *kami berurusan dengan beliau masa nak pergi umrah ni*. 

Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan.